Isu Pejuang Kemerdekaan: PAS Enggan Terima Memorandum Bantahan

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pimpinan PAS pusat pada Khamis enggan menerima memorandum bantahan daripada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM)dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) berhubung kenyataan kontroversi Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berhubung isu pejuang sebenar insiden berdarah Bukit Kepong.

Berang dengan tindakan pimpinan PAS pusat tersebut kira-kira 50 anggota kedua-dua persatuan berkenaan berhimpun di hadapan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut namun pintu pejabat tersebut dikunci dari dalam bagi tidak membenarkan kumpulan berkenaan menyerahkan memorandum tersebut.

Turut menyertai kumpulan itu ialah anggota Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) serta beberapa NGO lain, termasuk bekas askar yang pernah bertempur dalam perang menentang tentera komunis sebelum ini.

Menurut seorang kakitangan pejabat PAS, mereka tidak dapat menerima memorandum berkenaan kerana tidak menerima arahan untuk berbuat demikian daripada pemimpin parti berkenaan.

Keengganan pimpinan PAS menerima memorandum berkenaan menyebabkan kumpulan tersebut melaungkan gelaran 'bacul' dan 'penakut' kepada Mohamad yang sedang mengadakan satu sidang akhbar pada waktu itu.

Kira-kira 20 anggota polis turut berkawal di hadapan bangunan tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Selepas berhimpun kira-kira 30 minit kumpulan berkenaan diarahkan bersurai oleh pihak polis kerana mereka tidak mempunyai permit untuk berhimpun.

Bukan Hantar Peluru

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Presiden PBPM, Shafie Bakri berkata, mereka berasa kecewa kerana PAS bertindak demikian.

"Kita cuma orang biasa, persatuan biasa yang hendak hantar surat, bukannya peluru," katanya.

Beliau juga enggan meletakkan memorandum berkenaan di muka pintu ibu pejabat PAS itu dan menegaskan kumpulan tersebut akan kembali berhimpun dengan lebih ramai anggota bagi menunjukkan sentimen penentangan mereka terhadap kenyataan Timbalan Presiden PAS yang didakwa menyeleweng jauh daripada sejarah.

“Apa yang beliau (Mohamad) lakukan telah mengguris hati dan perasaan kami apabila menyatakan bahawa Mat Indera dan tentera komunis merupakan pejuang kebebasan,” ujarnya.

Kumpulan tersebut kemudiannya beredar secara aman selepas berhimpun kira-kira 30 minit sambil menyanyikan lagu patriotik, "Inilah Barisan Kita".

Pada 21 Ogos lalu, Mohamad dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Pulau Pinang dilaporkan berkata, Mohamad Indera yang terlibat dalam insiden serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, ialah hero sebenar yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Ekoran kenyataan kontroversinya itu, lebih 500 laporan polis telah dibuat sebagai mengecam tindakannya itu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan