Institusi Kewangan Perlu Sokong Ekonomi Hijau:Najib

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Khamis menggesa institusi kewangan, perniagaan dan agensi bekerjasama lebih rapat lagi dan menjadi lebih inovatif dalam merealisasikan seruan global bagi penggunaan teknologi hijau.

Meskipun minat daripada perniagaan dan institusi kewangan amat menggalakkan, Najib berkata hasil akhirnya masih kurang positif.

Tahun lepas, kerajaan memperkenalkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau bagi membantu syarikat-syarikat yang merupakan pengguna dan pengeluar teknologi hijau. Setakat ini, 125 permohonan telah diterima dengan 97 projek dilulus dianugerahkan sijil Hijau bernilai lebih RM2 bilion.

"Ini mungkin kedengaran amat menggalakkan tetapi masih ada jurang antara permintaan dan penawaran. Saya dimaklumkan bahawa daripada 97 projek yang Diperakui Hijau, hanya 21 menerima surat tawaran bagi pinjaman daripada institusi kewangan.

"Saya menggesa semua pihak menyahut cabaran ini dan memainkan peranan mereka dalam menyokong pembangunan ekonomi hijau sepenuhnya," kata beliau di pelancaran Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Ke-2 Malaysia (IGEM 2011) di sini, Khamis.

Najib juga melancarkan Sistem Penilaian dan Rangka Kerja Bandar Raya Karbon Rendah sejajar dengan peralihan Malaysia ke arah sebuah ekonomi karbon rendah dan untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 40 peratus menjelang 2020.

"Ia sudah lama menjadi inspirasi saya untuk membangunkan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai contoh bandar mesra alam dan mencontohinya di bandar-bandar dan bandar raya lain di seluruh Malaysia," kata beliau.

Rangka Kerja Bandar Raya Karbon Rendah dibentuk bertujuan membantu majlis tempatan, perancang bandar dan pemaju merangka pelan tindakan bagi mengurangkan pelepasan karbon.

Najib juga berkata terdapat potensi besar bagi pertumbuhan teknologi hijau di Malaysia, terutamanya dalam empat sektor sasaran iaitu tenaga, pembinaan, pengangkutan, air dan pengurusan sisa buangan.

Sementara itu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata sektor perbankan perlu lebih positif dari segi menyediakan pinjaman kepada industri yang menggunakan teknologi hijau dalam proses mereka.

"Saya rasa bank-bank perlu lebih sedia membantu dalam portfolio pinjaman mereka bagi jenis industri ini. Sudah pastinya banyak yang mereka boleh lakukan," katanya. Chin berkata terdapat bank-bank asing yang berminat dalam projek-projek seumpama itu.

"Saya teruja dengan hakikat bahawa terdapat bank-bank asing seperti Sumitomo Bank dari Jepun yang berminat untuk menubuhkan dana alam sekitar yang akan digunakan bagi teknologi hijau.

"Saya ada mengadakan banyak perbincangan yang mencapai hasil dengan mereka baru-baru ini. Kami berusaha untuk bekerjasama dengan mereka tentang bagaimana untuk membiayai panel solar yang dipasang di rumah. Harapnya, kami akan dapat mencipta satu sistem," katanya.

"Saya harap setiap bank akan melihat perkara ini dari sudut positif. terutamanya bank-bank tempatan kita," katanya.

Chin berkata kebimbangan kegagalan projek-projek ini yang berisiko tinggi mungkin menjadi alasan mengapa bank-bank tempatan tidak begitu menyokong projek-projek hijau.

"Sudah pastinya ada sedikit risiko. Setiap pinjaman mempunyai risiko. Tiada pinjaman yang 100 peratus terjamin. Tetapi kita harus proaktif dalam bahagian tertentu," katanya.

Beliau juga berkata dalam pembiayaan hijau, kerajaan telahpun menyediakan beberapa penimbal bagi risiko.

"Terdapat Perbadanan Jaminan Kredit yang menjamin 60 peratus daripada pinjaman yang diberi.

"Oleh itu, secara dasarnya institusi kewangan hanya mengambil 40 peratus daripada risiko itu. Skim itu sendiri telahpun mengurangkan risiko bagi bank-bank, namun mereka masih belum memainkan peranannya.

"Mereka tidak menyahut cabaran dalam menyediakan pembiayaan hijau," kata Chin. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan