Bacaan IPU Di Lembah Klang Kekal Sederhana

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kualiti udara di sekitar kawasan Lembah Klang kekal di paras sederhana.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Petaling Jaya yang dikeluarkan dalam laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga 7 pagi tadi menunjukkan peningkatan kepada 92 berbanding 86 pada Rabu.

Sementara itu, bacaan IPU di Shah Alam masih berada di paras sederhana iaitu 96.

Kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi termasuk di Pelabuhan Klang (81), Batu Muda (88) dan Cheras (84) di Kuala Lumpur.

Bacaan IPU di SK Jalan Pegoh, Ipoh bertambah teruk, meningkat kepada 86 manakala di Seberang Jaya 2, Perai mencatatkan bacaan, 79.

Bacaan IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik, manakala 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan