Pemilihan Calon BN: Ambil Kira Kelayakan Bukan Jantina - Ghapur

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Pemilihan calon bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum perlu mengutamakan kelayakan individu berkenaan dan bukan didasarkan kepada jantina semata-mata, kata Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Katanya antara kriteria yang perlu dimiliki bakal calon ialah rajin dan ikhlas bekerja serta berupaya membawa pembangunan dan kemakmuran kepada rakyat di kawasan yang diwakili.

"Kita mahu melihat calon yang dipilih itu adalah orang yang benar-benar mampu bekerja untuk rakyat, selari dengan hasrat dan matlamat sebenar perjuangan Barisan Nasional.

"Kalau jantina yang menjadi kayu ukur sedangkan calon itu tidak mampu melaksanakan tugas dengan berkesan dan hanya tahu mencari publisiti, matlamat perjuangan BN sudah pasti tidak tercapai," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Ghapur, yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Hamisa Samat baru-baru ini yang meminta pucuk pimpinan BN supaya meletakkan 30 peratus calon wanita pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ghapur berkata peranan Umno Bahagian dalam pemilihan calon tidak boleh dipandang ringan oleh pimpinan BN dan perakuan mereka perlu diutamakan bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar berkelayakan.

"Apapun dalam hal ini, Perdana Menteri sudah tentu ada 'spy' yang berperanan melihat calon-calon yang benar-benar layak," katanya.

Mengenai tuntutan Parti Liberal Demokratik (LDP) ke atas semua enam kerusi yang dimenangi Parti Maju Sabah (SAPP) pada pilihan raya umum lalu sebelum meninggalkan BN, Ghapur meminta parti itu supaya tidak mementing diri sendiri.

Katanya sebelum membuat tuntutan, pemimpin LDP sepatutnya memikirkan terlebih dahulu sama ada mereka berupaya mempertahankan kerusi mereka yang sedia ada atau sebaliknya.

Menurut Ghapur Umno Kalabakan tetap dengan pendiriannya untuk menuntut semula kerusi Dewan Undangan Negeri Merotai yang kini disandang wakil LDP. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan