PAS Mengalah Disebabkan Sokongan Rakyat Semakin Bertambah - Rais

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEMPOL: Sokongan rakyat yang semakin rebah terhadap PAS ekoran kelancangan mulut Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu, menyokong perjuangan komunis, menyebabkan parti itu terpaksa mengalah dalam isu perjuangan kemerdekaan negara ini, yang sebenarnya dilakukan Umno.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sesiapa sahaja di Malaysia, yang membayangkan sokongan terhadap komunis, tidak akan berjaya.

"Rakyat masih ingat gara-gara komunis di zaman darurat dahulu, ribuan telah maut, ada yang patah kaki, dan ada yang hilang upaya," katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka beliau sempena Aidil Fitri di sini, Selasa.

Beliau berkata keganasan komunis menimbulkan kesan yang amat buruk kepada negara, dan sesiapapun tidak sepatutnya cuba membangkitkan isu perjuangan mereka.

Ditanya sebab kerajaan membenarkan kisah perjuangan komunis disebarkan secara meluas di Internet, Rais berkata: "Negara kita bebas bersuara, tetapi jangan sampai pecah-elahkan masyarakat kerana kita ada undang-undang."

Beliau juga berkata kerajaan sentiasa meneliti perkembangan sentimen komunis di Internet, dan ketika ini, kebanyakannya diguna pakai lebih kepada kepentingan perjuangan politik pembangkang.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas sidang akhbar PAS di Kuala Lumpur hari ini yang menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung isu berkenaan, iaitu iaitu mereka menolak komunis dan mengakui kemerdekaan negara dibuat secara lebih damai melalui perjuangan Umno.

Penjelasan itu dibuat berikutan bantahan masyakarat, terutama bekas pejuang dan tentera, yang secara lantang mengutuk Mohamad Sabu kerana mendakwa kemerdekaan negara ini diperjuangkan oleh komunis.

Mengenai sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 Sept depan, Rais berkata satu majlis iaitu 'Merdeka Raya' akan diadakan di Pulau Pinang 11 Sept ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan