Pakar Sejarah: Isu Bt. Kepong Adalah Perang Psikologi Politik

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pakar sejarah berpendapat, kontroversi yang timbul mengenai siapa wira sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong merupakan sebahagian daripada perang psikologi politik untuk mendapat perhatian umum semata-mata.

Profesor Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata, kontroversi itu ditimbulkan ekoran parti politik tertentu ketandusan isu selepas demonstrasi jalanan 9 Julai lepas.

"Terus-terang, tidak ada isu sebenarnya dalam kontroversi yang berbangkit ini. Jurnal Pengukir Nama Johor sudah ditulis begitu lama, mengapa baru sekarang dibangkitkan kembali?

"Bagi saya, ini merupakan satu sensasi yang sengaja ditimbulkan," katanya ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24.

Kontroversi itu timbul setelah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu didakwa berkata bahawa gerombolan pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 1950 adalah wira manakala anggota polis yang terkorban adalah polis penjajah British.

Ramlah menggesa pembaca agar menyemai sifat kebertanggungjawaban dalam diri mereka ketika membaca sesuatu bahan bacaan.

Menurutnya, pembaca tidak wajar membiarkan diri mereka mudah terpengaruh dengan kenyataan tidak konkrit yang dikeluarkan sesetengah pemimpin politik sebaliknya banyakkan membaca dan membuat penilaian sendiri.

"Kalau kita bersifat rasional, kita kena terbuka dan bersedia merujuk kepada banyak bahan bacaan. Tetapi kalau kita memilih untuk beremosi, maka kita akan ambil bahan bacaan yang sangat sensasi dan dijadikan isu. Pastinya, tindakan sedemikian bukanlah suatu budaya yang elok," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan