MDKP Kenakan Kompaun RM50 Mulai 31 Oktober

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) memberi tempoh sehingga 31 Oktober ini bagi pemilik kenderaan menjelaskan kompaun pada kadar RM10 bagi setiap kesalahan.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Tunggakan Hasil dan Parkir MDKP Zakariya Ahmad berkata selepas tarikh itu, pihaknya akan mengenakan caj penuh RM50.

"Sepatutnya mereka memang perlu bayar RM50 untuk apa saja kesalahan, tapi kita mahu mendidik mereka dan memberi diskaun RM10 supaya mereka dapat bayar kompaun termasuk yang tertunggak," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Bagaimanapun katanya, langkah itu masih tidak dapat menangani 'kedegilan' pemilik kenderaan yang enggan menjelaskan kompaun terbabit.

Katanya daripada 36,240 notis kompaun yang dikeluarkan sepanjang 2009, hanya 5,056 pesalah menjelaskan bayaran denda tersebut.

"Sepanjang tahun lepas pula, sebanyak 24,226 notis kompaun dikeluarkan dan daripada jumlah itu hanya 3,508 sahaja yang membayar kompaun, manakala pada tahun ini dari Januari hingga 31 Julai lepas, sebanyak 5,013 notis kompaun dikeluarkan dan hanya 975 sahaja yang datang membayar," katanya.

Zakariya berkata terdapat juga pemandu yang memiliki kompaun berulang dan sehingga hari ini masih belum membayarnya.

"Kita sangat berharap agar mereka yang mendapat notis kompaun datang membayar kompaun itu kerana bermula November ini kita akan kenakan bayaran RM50 kepada setiap kompaun," katanya.

Beliau berkata bayaran kompaun boleh dijelaskan di pejabat MDKP atau di kaunter yang dibuka berhampiran stesen teksi di Pekan Jitra 2.

Bagi yang masih ingkar, tindakan mahkamah akan dikenakan mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Zakariya berkata terdapat 1,709 tempat letak kereta yang digazet MDKP di daerah Kubang Pasu dan pengguna boleh mendapatkan kupon parkir daripada 41 ejen yang dilantik majlis tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan