MB Perak: Buku Fahaman Syiah Disebar Di Banyak Surau & Masjid Perak

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Rabu mengarahkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) memantau penyebaran buku berunsur fahaman Syiah yang dihantar oleh pihak tertentu ke merata surau dan masjid di Perak.

Beliau berkata, perkara itu perlu diambil tindakan sewajarnya bagi mencegah usaha menyebarkan fahaman berkenaan.

"Saya harap JAIP akan memantau perkara ini dan memaklumkan kepada pihak berkuasa negeri," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar mengenai penghantaran buku-buku berkenaan ke masjid dan surau di Perak melalui kiriman pos.

Antara judul buku berkenaan ialah "Meniti Titian Kebenaran: Menyingkap Kebenaran Mazhab Rasul dan Ahlul Bait", "Inilah Khulafa Ar Rasyidin", "Akhirnya Ku Temui Kebenaran" serta "Dialog Mengenai Islam dan Akidah Islam Yang Sebenar" dan "Kewajipan Setiap Muslim Mentaati Kepimpinan Yang Dilantik Allah dan Rasul Demi Perpaduan dan Kejayaan Dunia dan Akhirat".

Pengarah JAIP Mohd Yusop Husin, semalam berkata pihaknya menerima dua sampul mengandungi buku yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) daripada Masjid Muhibbudin, Ipoh dan Surau Diri Jumaat Al Islahiah, Taman Jati, Ipoh.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan