Laporan JAIS Akan Dibentang Selepas MB Kembali Dari Jerman

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjangkakan laporan lengkap berhubung siasatan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) akan diterima sekembalinya beliau dari lawatan kerja ke Jerman pada 16 September ini.

Menurut beliau, tempoh itu sudah memadai dengan permintaan JAIS yang mahu laporan itu disiapkan dalam masa sebulan.

"Kami masih lagi menunggu dan tidak sabar untuk mengetahui laporan lengkap siasatan itu daripada JAIS. Sekembali dari Jerman, saya jangka laporan itu akan siap," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Khalid berkata, sekembalinya daripada lawatan itu laporan tersebut akan dibentangkan kepada jemaah exco negeri terlebih dahulu.

Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini proses siasatan itu, Khalid enggan mengulas lanjut sebaliknya memberitahu pihaknya membenarkan perbincangan diadakan antara JAIS dan Pusat Harapan Komuniti yang merupakan penganjur program tersebut.

"Isu ini amat sensitif...ia melibatkan dua pihak. Saya berada di tengah-tengah memandangkan ada kumpulan menyatakan kerajaan negeri tidak peka dengan peranan JAIS manakala kumpulan lain berkata kami tidak sensitif dengan keperluan komuniti bukan Islam," katanya.

Pada 25 Ogos lalu, Gerak Kerja Pendengaran yang dibentuk oleh Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan pertemuan dengan JAIS dan wakil-wakil dari Harapan Komuniti yang menganjurkan majlis makan malam pada awal bulan lalu di gereja berkenaan.

Malah JAIS berpandangan bahawa wujud kes prima facie membabitkan 12 individu Muslim yang ditahan ketika majlis makan malam itu.

Dalam perkembangan lain, Khalid mengumumkan bahawa beliau akan mengetuai delegasi Kerajaan Negeri ke Jerman selama lima hari bermula Khamis ini untuk mempromosikan industri tenaga solar di Selangor dan Malaysia yang dianggarkan bernilai RM1.5 hingga RM5 bilion.

"Ada beberapa bekas tapak pelupusan sampah yang tidak boleh dibangunkan semula. Oleh itu, kami percaya ada syarikat di Jerman yang boleh membangunkan industri tenaga solar di Selangor," ujarnya.

Dalam lawatan itu, Khalid akan turut diiringi kira-kira lima wakil kerajaan negeri termasuk Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar dalam usaha menarik minat pelabur berpotensi dalam industri tenaga solar di negeri ini.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan