Kerajaan P. Pinang Mahu Pemaju Sediakan Lebih Banyak Rumah Mampu Milik

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang berkata pihak pemaju perlu memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik bagi membolehkan golongan kurang berkemampuan memiliki rumah sendiri, kata Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman.

Katanya selain keuntungan, pemaju perumahan hendaklah turut memikirkan tentang kebajikan sosial penduduk tempatan.

"Ini adalah isu yang mendesak dan perlu ditangani segera demi kesejahteraan penduduk negeri ini. Kita tidak menolak pembangunan tetapi ia harus diseimbangkan dengan kebajikan sosial penduduk," katanya.

Mansor berkata demikian pada sidang akhbar berhubung isu perpindahan penduduk di seluruh Pulau Pinang kerana kawasan kediaman mereka dimajukan oleh pemilik tanah, yang setakat ini menyebabkan kira-kira 1,000 penduduk berhadapan masalah kehilangan tempat tinggal.

"Kebanyakan penduduk yang terlibat dengan masalah ini telah berpuluh tahun atau beratus tahun tinggal di sesuatu kawasan itu, pihak pemaju perlu memikirkan alternatif sewajarnya dan menyelesaikan dahulu tanggungjawab sosial sebelum meneruskan rancangan pembangunan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan