JPJ N. Sembilan Adakan Lelongan Awam 20 September Ini

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan akan mengadakan lelongan awam di Kompleks JPJ Negeri Sembilan, KM 5.5, Jalan Seremban-Tampin, di sini pada 20 September ini.

Pengarahnya Saiful Azzri Hamzah berkata syarat dan terma mengenai lelongan awam berkenaan tercatat dalam Dokumen Penjualan Lelong(DPL) yang dijual sejak kelmarin.

"DPL boleh dibeli pada 5 September sehingga 20 Sept ini sehingga pukul 12 tengah hari di Kompleks JPJ Negeri Sembilan dengan harga RM50," katanya, di sini, Rabu.

Beliau berkata pembida yang membeli DPL boleh melihat kenderaan yang akan dilelong mulai 9 pagi hingga 12 tengah hari pada 13, 14 dan 15 September di lokasi yang tercatat pada DPL.

Sementara itu katanya, bermula 11 Sept ini JPJ Negeri Sembilan akan mengadakan kaunter '1JPJ' di Giant Superstore Nilai pada setiap Ahad dari 11 pagi hingga 4 petang.

Katanya antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan motosikal bagi cukai jalan yang tamat tempoh melebihi setahun, pertukaran alamat lesen memandu dan pemilik kenderaan.

Turut diadakan ialah aktiviti MyEG iaitu pembayaran lesen memandu, pembaharuan cukai jalan dan insurans oleh MyEG serta menyemak senarai hitam oleh MyEG. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan