Isu Keperluan Jambatan Udara Di KLIA2 Akan Diputus Oleh Kabinet

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan akan membawa isu keputusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk tidak memasang jambatan udara di Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) yang baharu ke mesyuarat kabinet, Rabu.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kementerian beliau akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung isu berkenaan.

"Saya sedar akan keperluan untuk kumpulan kelainan upaya. Saya akan bawa perkara ini ke mesyuarat kabinet.

"Marilah kita perjuangkan masalah yang dihadapi oleh kumpulan ini," kata beliau selepas mesyuarat dengan wakil dari pelbagai kumpulan kelainan upaya di sini.

Kong berkata, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga akan turut membentangkan kertas kabinet berkaitan isu tersebut esok.

Ketua pegawai eksekutif MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad berkata yang AirAsia dan AsiaX akan menjadi syarikat penerbangan utama menggunakan KLIA2 dan tidak berbaloi untuk menanggung kos tambahan sekiranya jambatan udara itu tidak dimanfaatkan.

Ditanya sama ada penggunaan jambatan udara akan meningkatkan kos yang perlu ditanggung oleh penumpang, Kong berkata: "Dalam jangka panjang, ia akan memberi manfaat kepada semua orang."

Beliau berkata, rayuan oleh kumpulan kelainan upaya perlu dipertimbangkan dan kesemua lapangan terbang antarabangsa seharusnya menawarkan kemudahan yang standard, termasuklah penggunaan jambatan udara.

Sementara itu, koordinator persekitaran bebas halangan dan akses kepada pengangkutan, Christine Lee, menggesa agar MAHB menimbang semula penggunaan jambatan udara di KLIA2.

Lee, yang berkerusi roda, berkata jambatan udara penting untuk penumpang kelainan upaya, mereka yang mempunyai masalah berjalan, warga emas, kanak-kanak dan wanita mengandung.

"Jika tiada jambatan udara di beberapa lapangan terbang tertentu, pengguna kerusi roda perlu dibawa naik dan turun secara manual.

"Kami bukannya barangan. Kami tidak suka dilayan seperti barangan. Kami mahu dilayan secara bermaruah," kata beliau.

Lee berkata, beliau difahamkan yang "ambulifts" dan tanjakan panjang akan disediakan sebagai ganti kepada jambatan udara di KLIA2.

"Ambulift tidak boleh diharapkan dan sering rosak berikutan masalah teknikal dan penyenggaraan.

"Selain daripada itu, ia meningkatkan kos, termasuk latihan dan gaji pekerja, perkhidmatan dan penyenggaraan peralatan," kata beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan