Gempa Punca Jerebu Di P.Pinang?

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kualiti udara di kebanyakan kawasan di Pulau Pinang pada Selasa dilaporkan merosot dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Universiti Sains Malaysia (USM) direkodkan meningkat kepada 89 pada pukul 5 petang berbanding 41 pada pukul 7 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, cuaca berjerebu yang melanda negeri ini dipercayai berpunca daripada gempa bumi yang melanda Sumatera Utara, Indonesia pada 1.55 pagi.

"Pulau Pinang mengalami jerebu sejak dua hari lepas ekoran tiada hujan dan cuaca kering. Bagaimanapun keadaan masih terkawal tetapi berdasarkan laporan yang diterima hari ini, jerebu menjadi lebih buruk akibat gempa bumi di Sumatera Utara awal pagi ini," katanya kepada Bernama.

IPU yang dicatat di Seberang Jaya ialah 74 dengan jarak penglihatan tiga kilometer, Perai (67) dengan jarak penglihatan empat kilometer.

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 pada skala Richter melanda Sumatera Utara, Indonesia pada 1.55 pagi ini yang gegarannya turut dirasai di beberapa negeri di Semenanjung.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 2.9 darjah Utara dan 97.6 darjah Timur, 363 kilometer dari barat daya Pulau Pangkor, Perak.

"Keadaan jerebu ini dijangka berlarutan hingga beberapa hari lagi ekoran ramalan kaji cuaca menjangkakan Pulau Pinang tidak akan hujan dalam tempoh berkenaan," katanya.

Tahap IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya)

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan