Gempa Bumi Di Sumatera: Rakyat Malaysia Selamat - Berita Semasa | mStar

Gempa Bumi Di Sumatera: Rakyat Malaysia Selamat

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia tidak terjejas dengan gempa bumi bermagnitud 6.7 pada skala Richter yang melanda wilayah utara Sumatera pada Selasa, demikian menurut Konsul Besar Malaysia di Medan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menyebut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia melaporkan pusat gempa terletak 59 kilometer timur laut Singkil Baru, di selatan Aceh dengan kedalaman 78 kilometer.

Gegaran turut dirasai di Medan yang terletak kira-kira 120 kilometer dari Singkil Baru.

Pejabat Konsul Besar di Medan kini memantau situasi berkenaan dan boleh dihubungi di talian +(62)(61)4531342 untuk pertanyaan mengenai perkembangan terbaru gempa itu. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan