Bidang Kerja Pati Berdaftar Dengan Program 6P Jadi Tanda Tanya

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lebih 22 peratus daripada 1.3 juta pendatang asing tanpa izin (Pati) yang berdaftar dengan Progam 6P tidak dikenal pasti di manakah punca atau bidang kerjanya, kata Setiausaha Bahagian Imigresen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Zaitun Ab. Samad.

"Apakah mereka buat (di negara ini)? Apakah aktiviti mereka sebenarnya?," katanya dalam satu taklimat bersama media di sini, Rabu.

Zaitun berkata, kebanyakan Pati yang berdaftar dalam Program 6P terdiri daripada sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan.

"Perkhidmatan seramai 244,261 orang (18.7 peratus), perkilangan 175,475 orang (13.5 peratus) dan pembinaan 137,795 orang (10.5 peratus)," katanya.

Selain itu, Pati yang bekerja dalam sektor pertanian pula adalah seramai 85,496 orang (6.5 peratus) dan pembantu rumah asing 26,340 orang (2 peratus).

Menurut Zaitun, seramai 316,961 Pati atau 24.3 peratus yang mendaftar dalam Program 6P tidak mempunyai sektor.

Katanya, sama ada terdapat kesilapan semasa mendaftar maka perlu disemak dengan majikan yang memperakui Pati tersebut sebagai pekerja mengenai sektor berkaitan.

"Jika tiada majikan, maklumat Pati itu dijadikan maklumat 'pool' di mana majikan yang masih belum mempunyai pekerja mencukupi boleh memohon.

"Jika kedua-dua usaha ini tidak berjaya, Pati perlu pulang secara sukarela dengan perbelanjaan sendiri melalui Program Pengampunan," jelas Zaitun.

Seramai 2.3 juta pekerja asing dan Pati telah mendaftar untuk Program 6P setelah berakhirnya proses pendaftaran melalui sistem biometrik pada 31 Ogos lalu.

Jumlah itu meliputi seramai 1,016,908 pekerja asing sah dan seramai 1,303,126 Pati.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan