Tim. Pesuruhjaya PAS S'gor Akan Didakwa Di Mahkamah Syariah?

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad khabarnya akan didakwa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 24 November ini di Mahkamah Syariah Klang kerana memberikan tazkirah atau ceramah agama tanpa tauliah.

Beliau juga adalah Yang Dipertua PAS Shah Alam.

Adalah difahamkan, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman turut tidak diperbaharui tauliah ceramah agama beliau oleh JAIS.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman ketika dihubungi oleh BERNAMA mengesahkan bahawa Khalid telah dipanggil kira-kira jam 10 pagi oleh Bahagian Penguatkuasa jabatan itu.

Nurhamizah berkata, Khalid dipanggil berikutan JAIS menerima aduan daripada orang ramai bahawa Khalid memberi ceramah di sebuah surau di Taman Seri Sementa di Kapar, Klang tanpa tauliah.

Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 memperuntukkan mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara mengenai Islam tanpa tauliah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dr Rani pula yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, baru sahaja dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor Jun lalu bagi mengantikan Datuk Dr Hassan Ali yang merupakan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor yang menjaga hal ehwal agama termasuk JAIS.

Sementara itu, Dr Rani telah dipetik oleh Harakahdaily.Com sebagai berkata, bahawa tauliahnya telah tamat pada bulan Ramadan lalu selepas menerimanya tahun lepas.

Beliau dipetik sebagai berkata telah memohon untuk menyambungnya semula sijil tauliah tetapi malangnya telah menerima surat daripada JAIS yang menyatakan permohonannya itu ditolak.

Khalid pula difahamkan akan didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor kerana memberi ceramah tanpa permit atau tauliah daripada JAIS.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Beliau telah didakwa menyampaikan kuliah agama pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Khalid yang turut dihubungi Harakahdaily menjelaskan, semasa tazkirah Ramadan itu, beliau memang menyentuh tentang peranan umat Islam dalam menguruskan hal ehwal agama di negeri ini.

Beliau mengaitkan satu peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina Ali Ibni Abu Talib sebagai khalifah Islam di mana semasa peperangan Sifin, Ali mendapati baju besinya hilang.

Apabila pulang beliau dapati seorang Yahudi sedang menjual baju besi itu di pasar lalu mendakwa itu baju besinya. Yahudi itu pula berkata, baju besi tersebut dia yang punya.

Kes itu kemudiannya dirujuk kepada Kadi.

Dan Kadi tersebut telah bertanya kepada Ali, apa bukti dan saksi bahawa baju besi itu kepunyaannya.

Ali berkata, bukti tidak ada tetapi saksi ada iaitu dua orang anaknya Hassan dan Husein.

Kadi tersebut bagaimanapun menolak kedua-duanya sebagai saksi kerana mereka adalah anak kepada Ali.

Akhirnya Kadi memutuskan baju besi itu milik Yahudi berkenaan.

Menurut Khalid, beliau mengaitkan peristiwa itu kepada para hadirin kerana ia adalah contoh keadilan di dalam Islam tidak memihak waima ke atas khalifah sekali pun.

Jelas Khalid, beliau cuba memberi kesimpulan bahawa umat Islam harus mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak dalam kes JAIS menyiasat peristiwa yang berlaku di sebuah gereja baru-baru ini dan bukan dari sebelah pihak sahaja untuk membuat keputusan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan