Tiada Bekalan Pembantu Rumah Indonesia Selepas Tiga Bulan MoU Dimeterai

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Biarpun kerajaan Malaysia dan Indonesia telah mencapai kata sepakat dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berhubung pembatalan larangan penghantaran pembantu rumah ke negara ini namun ia masih belum dilaksanakan.

Difahamkan, Atase Ketenagakerjaan Indonesia telah memaklumkan bahawa pembantu rumah dari Indonesia akan tiba ke negara ini dalam tempoh dua minggu.

Namun selepas tiga bulan MoU tersebut ditandatangani di Bandung pada 30 Mei lalu, Pemangku Naib Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) Jeffrey Foo berkata, sehingga kini tiada seorang pun pembantu rumah dari republik itu memasuki Malaysia.

“Di mana pembantu rumah warga Indonesia,” kata Foo kepada The Star pada Isnin.

Beliau berkata, antara perkara yang menghalang Indonesia melaksanakan MoU berkenaan ialah faktor harga dan menurut industri di republik itu, harga yang ditawarkan bagi ejen di Indonesia terlalu rendah berbanding kos yang perlu mereka tanggung.

Terdahulu, Jabatan Tenaga Kerja Malaysia memaklumkan larangan untuk membawa masuk pembantu rumah warga Indonesia telah dibatalkan dan pihak Kedutaan Indonesia telah pun membuka pintu dan membenarkan tenaga kerja daripada republik itu bekerja di negara ini.

Difahamkan dalam MoU tersebut majikan Malaysia perlu membayar sebanyak RM4,511 kepada agensi pekerjaan sebelum mereka mengambil pembantu rumah dari Indonesia.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam berkata, jumlah tersebut merangkumi, bayaran awal sebanyak RM2,711 kepada pekerja asing berkenaan manakala RM1,800 caj adalah yang dikenakan oleh agensi yang membekalkan pembantu rumah tersebut.

“Kita faham, kerajaan Malaysia cuba melindungi majikan dengan menetapkan bayaran awal yang lebih rendah. Bagaimanapun, agensi di Indonesia tidak mampu membekalkan pembantu rumah pada harga yang ditetapkan,” katanya.

Jelas beliau lagi, kedua-dua belah pihak telah menghantar cadangan mereka supaya kerajaan Indonesia dan Malaysia menimbangkan semula yuran yang dikenakan itu bagaimanapun kata sepakat belum dicapai sehingga kini.

Sebelum ini The Star melaporkan, majikan perlu membayar sehingga RM12,000 untuk mendapatkan pembantu rumah warga Kemboja dan Filipina ekoran ketiadaan pembantu rumah dari Indonesia.

Papa menyasarkan sekitar 35,000 keluarga sangat memerlukan khidmat pembantu rumah di negara ini.

“Kerajaan perlu mengambil langkah inisiatif bagi menyelesaikan masalah ini serta menyemak kembali MoU tersebut.

"Kelewatan menyelesaikan masalah ini akan menyebabkan majikan di negara ini menanggung perbelanjan besar untuk mengambil pembantu rumah apabila mereka terpaksa menggunakan kaedah pengambilan secara terus,” katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed berkata, kerajaan Indonesia hanya memberi persetujuan secara lisan berhubung pembatalan kemasukan pembantu rumah dari republik berkenaan dan tiada apa yang dapat dilakukan sehingga kini.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan