Sebuah Firma AS Dakwa MAS Langgar Kontrak - Berita Semasa | mStar

Sebuah Firma AS Dakwa MAS Langgar Kontrak

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airline System Bhd (MAS) telah didakwa oleh sebuah firma Amerika Syarikat, GIRO-Warranty House International, Inc. melanggar kontrak dan menuntut ganti rugi sehingga AS$80 juta (US$1=RM2.98).

Dalam satu makluman kepada Bursa, Selasa, MAS berkata, ia telah dikemukakan dengan dakwaan itu di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Utara Oklahoma pada 22 Ogos lalu.

Tanpa membuat penjelasan lanjut mengenai litigasi tersebut, MAS berkata ia sedang menyemak dakwaan itu dengan bantuan peguam luar. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan