Pelajar Ke Mesir Dinasihati Tidak Terbabit Demonstrasi Jalanan

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian mereka di Mesir dinasihati tidak membabitkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan masa depan mereka termasuk menyertai demonstrasi jalanan.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata mereka perlu menunaikan harapan negara dan keluarga dengan memberi sepenuh tumpuan dalam bidang pelajaran hingga mencapai kejayaan sebenar.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap pada majlis perjumpaan dengan 28 pelajar Perlis yang bakal melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam, bahasa Arab dan perubatan di Mesir di sini Selasa.

Pada majlis itu, Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan tiket penerbangan bernilai hampir RM2,000 dan wang saku RM500 seorang daripada kerajaan negeri kepada mereka yang akan bertolak ke Mesir pada 16 September ini.

Majlis yang disertai jamuan hari raya itu dianjurkan bersama oleh kerajaan negeri Perlis dan Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) Perlis yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri, Jafperi Othman serta Pengerusi Ilmam Perlis, Syed Taareg Syed Mohamad.

Di samping sumbangan yang diberikan pada Selasa, para pelajar terbabit juga turut diberi sumbangan RM2,000 setiap seorang oleh Baitulmal Perlis untuk perbelanjaan awal pengajian mereka manakala setiap tahun mereka juga akan diberi sumbangan RM4,000 seorang melalui wang zakat bagi perbelanjaan sepanjang pengajian mereka antara empat dan enam tahun.

Md Isa berkata walaupun keadaan di Mesir dilaporkan terkawal namun beliau menasihati para pelajar sentiasa berhati-hati di negara itu terutama bagi memastikan keselamatan mereka terus terjamin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan