MAPIM Cadang Dana Khas Bantu Anggota Misi Bantuan Kemanusiaan

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyarankan agar rakyat Malaysia menubuhkan dana khas untuk membantu ahli keluarga setiap anggota kumpulan misi bantuan negara yang mengalami kemalangan, kecederaan atau kematian ketika menjalankan tugas di negara yang bergolak.

Pengarah Eksekutif Mapim, Zulkifly Ibrahim, berkata, syarikat insurans yang sanggup memberi perlindungan mungkin mengenakan bayaran premium terlalu tinggi.

"Mapim mencadangkan agar rakyat negara ini bekerjasama tanpa mengira kaum dan agama memberikan sumbangan ikhlas sekurang-kurangnya RM1 setahun," katanya di sini hari ini.

Zulkifly berkata tragedi yang berlaku ke atas jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor di Somalia Jumaat lepas sangat menyayat hati tetapi misi bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia terhadap negara-negara yang memerlukan bantuan harus diteruskan berlandaskan tanggungjawab keagamaan dan kemanusiaan.

Noramfaizul, 39, terkorban di Somalia setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda dari memberikan bantuan kepada mangsa kemarau dan kebuluran oleh Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia.

Bekas wartawan TV3, Nizal Mohamed, yang menyertai misi Ramadan Ke Gaza Kedua (Radig2) baru-baru ini, berkata anggota media tidak perlu takut menjalankan tugas berkenaan.

"Sebagai seorang profesional media, sememangnya tugas azali seseorang wartawan dan jurufoto atau jurukamera mendapatkan berita dan menawarkannya kepada masyarakat awam walaupun kadangkala mereka terpaksa menghadapi risiko ketika menjalankan tugas diamanahkan dan tidak seorangpun boleh memberi jaminan lokasi yang mereka liputi sentiasa selamat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan