Kompleks Baitul Hilal Di Port Dickson Siap November Ini

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Kamal Amran Kamarudin berkata Kompleks Baitul Hilal yang menempatkan Balai Cerapan dan Hotel Wakaf milik Mains yang sedang dibina di Teluk Kemang, Port Dickson di sini dijangka siap November ini.

Kompleks itu dibina menerusi kerjasama antara Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan Mains.

Katanya, hotel setinggi empat tingkat itu yang mempunyai 90 bilik bertaraf tiga bintang serta tiga apartmen akan diuruskan oleh Klana Resort Seremban iaitu anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI).

Balai Cerapan Baitul Hilal akan beroperasi sepenuhnya pada hujung tahun ini.

"Baitul Hilal akan diurus oleh Mains dengan kerjasama Universiti Malaya dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan," katanya.

Baitul Hilal merupakan pusat terbaik astronomi yang akan mempunyai peralatan dianggap tercanggih di negara ini, malah di Asia, untuk kajian astronomi oleh para saintis, pakar dan penyelidik dari dalam dan luar negara.

Tambahnya, projek Baitul Hilal yang dibina di kawasan seluas 1.21 hektar itu melibatkan peruntukan sebanyak RM30 hingga RM18 juta dari JAWHAR manakala selebihnya daripada sumber am Mains. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan