Jab. Veterinar Akan Keluarkan Rating Untuk Pusat Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Serta Klinik Haiwan

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan mengeluarkan senarai rating untuk organisasi yang mengendalikan haiwan termasuk haiwan peliharaan untuk rujukan dan makluman mereka yang memelihara binatang kesayangan.

Ini termasuklah langkah menyenaraikan klinik-klinik haiwan dan juga hotel binatang peliharaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata, pihaknya akan melaksanakan sistem rating ini dalam tempoh yang segera supaya ia boleh dijadikan panduan srta rujukan untuk peminat haiwan memilih pusat rawatan, organisasi serta hotel binatang peliharaan.

Katanya, pihak jabatan sedang bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha mereka meletakkan satu piawaian yang standard kepada pusat-pusat pemeliharaan binatang kesayangan.

"Misalnya kami akan meletakkan rating seperti kelas A, B atau C kepada organisasi, klinik atau pusat pemeliharaan binatang kesayangan berasaskan kebersihan, keadaan sekeliling dan sebagainya," ujar beliau.

Ahad lalu, lebih kurang 300 ekor kucing peliharaan telah diselamatkan oleh orang ramai dengan bantuan pihak berkuasa apabila berita mengenai bagaimana kucing-kucing ini dibiarkan kelaparan oleh sebuah hotel binatang peliharaan yang berpusat di Damansara Damai dan Desa Moccis Sungai Buloh terdedah di dalam internet.

Apabila premis itu dipecah masuk, mereka dapati, sembilan ekor kucing telah pun mati manakala yang lain sama ada dibiarkan tanpa makanan dan minuman serta berada dalam keadaan yang sangat kotor.

Orang ramai telah menghantar kucing peliharaan mereka ke hotel tersebut kerana pulang ke kampung untuk menyambut hari raya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan