Baris, Pekida, Pesara Tentera Bantah Kenyataan Mat Sabu

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pertubuhan bukan kerajaan dan seorang pesara tentera masing-masing membuat laporan polis membantah keras kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menidakkan sejarah pengorbanan polis dan tentera menentang keganasan komunis.

Persatuan Bekas Anggota Perisikan Malaysia (Baris) dan Pertubuhan Kebajikan dan dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) membuat laporan polis di ibu negara manakala Wan Din Wan Mamat, 51, turut berbuat demikian di Tumpat, Kelantan.

Pengerusi Pekida Datuk Roslan Dahaman berkata kenyataan pemimpin PAS itu mengguriskan hati dan perasaan rakyat Malaysia, terutama anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka yang telah terkorban semasa mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.

"Dia (Mohamad Sabu) perlu bertanggungjawab dan meminta maaf atas kenyataannya yang telah memutar-belitkan fakta sejarah mengenai perjuangan anggota keselamatan dalam menentang kekejaman komunis di negara ini," katanya.

Presiden Baris, Nordin Hassan menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap Mohamad Sabu, kerana menurutnya, kenyataan seperti itu memberi implikasi buruk kepada rakyat dan negara.

Di Tumpat, Wan Din berkata sebagai pesara tentera yang pernah bertempur dengan komunis, beliau amat kesal dengan kenyataan itu dan menganggap PAS telah mempertikaikan sejarah untuk kepentingan politik.

"Saya pernah alami pertempuran dengan komunis, peluru bertaburan di atas kepala, macam mana boleh anggap dia (komunis) sebagai hero," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Tumpat, Selasa.

"Dia tidak tahu perkara sebenar dan cuba menonjolkan diri sebagai hero. Sejarah telah menetapkan perkara itu, dia cuba mempertikaikan fakta sejarah yang semua orang tahu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan