AirAsia Tawar 20 Peratus Diskaun Semua Perjalanan 12-15 September Ini

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia kini menawarkan diskaun 20 peratus bagi semua tempat duduk yang ditempah bermula 7 hingga 11 September ini bagi perjalanan ke semua destinasi domestik dan antarabangsa mulai 12 hingga 15 September.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata promosi tersebut boleh didapati di semua 12 habnya di Malaysia dan Indonesia di 22 negara ke lebih 160 laluan dan juga terpakai bagi kelas ekonomi dan premium fly flatbeds bagi semua destinasi AirAsia X.

Ketua Komersil Serantau AirAsia, Kathleen Tan berkata melalui kempen promosi 20 Per Cent Off for All Seats, All Flights, para penumpang akan dapat menikmati tambang lebih murah dan merealisasikan percutian idaman mereka dengan ke pelbagai destinasi AirAsia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani berkata tawaran itu juga memberi peluang kepada penumpang untuk ke destinasi lebih jauh pada nilai yang hebat.

Katanya, syarikat penerbangan menyaksikan permintaan yang baik bagi kempen promosi yang serupa sebelum ini dan menjangka peningkatan jumlah pelancong ke Malaysia dan Asia Tenggara dengan kempen terkini ini.

"Tempoh perjalanan segera ini akan membolehkan pengembara perniagaan dan percutian saat akhir merebut peluang untuk ke destinasi pada tambang diskaun dalam rangkaian kami," katanya.

Bersempena promosi itu, AirAsiaGo, perkhidmatan dalam talian AirAsia, akan mengendalikan promosi 'StayPay' di mana penumpang yang membuat tempahan hotel dengan jumlah malam minimum berpeluang mendapat penginapan percuma bergantung kepada hotel pilihan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan