47 Persatuan Di Pahang Buat Laporan Tentang Mat Sabu

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Lebih 300 anggota yang mewakili 47 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh Pahang hari ini mengadakan demonstrasi aman berhubung bantahan terhadap kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang Datuk Mohamad Sahfri Abd Aziz, kenyataan yang dibuat pemimpin PAS itu jelas menunjukkan kejahilannya sendiri.

"Kita tahu komunis telah merosakkan negara kita dan telah menyebabkan banyak nyawa terkorban selain polis, anggota tentera nyawa orang ramai turut terkorban," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata tujuan bantahan itu dibuat adalah supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba untuk memporakperandakan negara.

Selain itu katanya, perkara itu juga boleh merosakkan agama, bangsa dan negara dan bukan sahaja untuk kebaikan orang Melayu tetapi kaum lain seperti Cina dan India.

Mohamad Shafri berkata, perhimpunan secara aman itu turut mendapat sokongan daripada persatuan-persatuan agama seperti agama Budha, Sik dan Kristian yang turut bersama-sama melahirkan rasa kurang senang mereka terhadap kenyataan Mat Sabu berkenaan.

Katanya, melalui kemerdekaan yang dikecapi daripada penentangan terhadap komunis itu membolehkan rakyat di negara ini bebas beragama.

Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lepas dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong itu adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Mat Sabu menerusi laporan itu berkata, beliau bukan bercakap kosong mengenai perkara itu, sebaliknya mempunyai bukti mengangkat Mat Indera sebagai hero. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan