Umno Kelantan Lantik Pengarah, Timbalan Pengarah Jentera Pilhan Raya Parlimen, DUN

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Empat belas Ketua Bahagian Umno di Kelantan pada Ahad masing-masing dilantik sebagai pengarah jentera pilihan raya bagi setiap kawasan parlimen di negeri itu.

Setiap Ketua Bahagian Umno itu pula akan memilih di kalangan anggota Umno di bahagian masing-masing sebagai timbalan pengarah pilihan raya untuk "menjaga" setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kelantan mempunyai 14 kawasan Parlimen dan 45 DUN.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pelantikan pengarah dan timbalan pengarah jentera pilihan raya adalah untuk menggerakkan parti dengan program-program bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata mereka yang menjadi pengarah dan timbalan pengarah jentera parti tidak semestinya akan dilantik sebagai calon pilihan raya umum.

"Mereka diberikan amanah untuk meyakinkan rakyat supaya menyokong kepada BN. Soal calon adalah berbeza dan kepimpinan menetapkan hanya calon yang boleh menang akan dipilih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Perhubungan Umno Negeri, di sini Ahad.

Kira-kira 10,000 warga Kota Baharu hadir pada majlis rumah terbuka itu yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan kepimpinan kanan Umno.

Mustapa berkata kesemua Ketua Bahagian Umno di Kelantan juga berjanji dan bersetuju agar tidak akan menimbulkan kemelut dalaman parti demi menjaga nama baik parti.

Beliau berkata tumpuan kini diberikan dalam memperjuangkan nasib rakyat Kelantan yang mahukan perubahan pembangunan setelah 21 tahun PAS dilihat gagal membawa perubahan dalam aspek pembangunan ekonomi.

Katanya antara isu yang sekian lama menghantui kerajaan PAS Kelantan ialah isu bekalan air yang tidak memuaskan kepada rakyat, pembinaan lebuh raya dan pemberian projek ladang rakyat yang didakwa telah merampas tanah rakyat.

Beliau berkata pelantikan pengarah jentera itu juga mengukuhkan kedudukan Umno di Kelantan setelah pelancaran tema perjuangan parti itu untuk membawa perubahan dengan konsep Gelombang Merah pada Febuari lepas, serta lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kelantan pada Jun lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan