Timbalan Menteri Besar Bantu Ringan Beban, Bukan Ambil Alih Kuasa

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jawatan Timbalan Menteri Besar (TMB) yang dicadang diwujudkan di negeri ini bukanlah bertujuan untuk mengambil alih tugas sepenuhnya, sebaliknya adalah untuk meringankan beban yang dipikul pemimpin tertinggi negeri itu.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang, berkata kerajaan negeri seharusnya bersikap lebih terbuka dan mempertimbangkan cadangan terbabit demi menjaga kestabilan pentadbiran negeri sekiranya Menteri Besar tidak dapat berfungsi secara tiba-tiba akibat kemalangan atau jatuh sakit.

“Kita tidak tahu bila akan ditimpa penyakit atau kemalangan, dengan adanya orang kedua (TMB), sekurang-kurangnya kita tidak akan kelam kabut kalau berlaku kejadian tidak diingini ini.

"Kalau tidak berlaku kemalangan pun, TMB boleh membantu meringankan beban Menteri Besar yang kita semua maklum mempunyai beban tugas yang sangat besar," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata, walaupun untuk mewujudkan jawatan TMB adalah tertakluk kepada perkenan Sultan, ia bukanlah alasan untuk menangguhkan pelaksanaannya kerana setiap undang-undang boleh digubal pada bila-bila masa.

Tan berkata sekiranya tindakan tidak diambil segera, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mewujudkan jawatan TMB dan jika berlaku sesuatu kepada Menteri Besar, masalah akan timbul kerana tugas-tugasnya tidak boleh diambil alih sewenang-wenangnya oleh sesiapa saja.

Beliau sebelum ini mencadangkan diwujudkan jawatan TMB bagi memastikan pentadbiran negeri tidak terjejas sekiranya pimpinan tertinggi kerajaan negeri ini tidak dapat berfungsi bagi satu tempoh yang panjang.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam laporan media semalam berkata tidak perlu melantik TMB kerana beliau mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan Kedah sedia ada, selain berpuas hati terhadap prestasi setiap Exco yang dilantik dalam melicinkan pentadbiran. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan