Parkir RM5 Juta: Kita Pulau Pinang Buat Laporan SPRM

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta agar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) disiasat berhubung pembinaan parkir bertingkat bernilai RM5 juta di Bukit Bendera.

Pengerusi negeri Kita, Tan Tee Beng berkata bangunan empat tingkat itu dijadual siap pada suku ketiga 2010, namun sehingga kini ia belum dibuka kepada umum.

"Kami percaya mungkin berlaku beberapa penyelewengan sehingga menyebabkan parkir itu gagal beroperasi selepas siap dibina," katanya kepada pemberita di depan bangunan SPRM selepas membuat laporan pada Isnin.

Tan juga berkata jalan di parkir itu terlalu curam dan hanya kereta bersaiz kecil boleh melakukan pusingan sebaik turun kerana ia terlalu sempit. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan