Misi Kemanusiaan Perlu Ambil Kira Risiko Bakal Dihadapi: Tun Mahathir

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad menasihati penganjur misi kemanusiaan supaya mengambil kira risiko yang mungkin dihadapi anggotanya di tempat yang bakal mereka bertugas, terutama di negara seperti Somalia, yang tidak mempunyai kerajaan yang kukuh.

"Sebelum pergi, anda kena sedar bahaya yang mungkin dihadapi," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di sini.

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas kematian jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 39, akibat terkena tembakan ketika dalam perjalanan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama beberapa anggota media lain dari Malaysia di Somalia pada Jumaat.

Mereka ke Mogadishu untuk membuat liputan misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia di negara yang dilanda kebuluran itu.

Dr Mahathir berkata keadaan di Somalia tidak stabil kerana rakyatnya berperang sesama sendiri.

Sambil menyifatkan kejadian yang menimpa Noramfaizul sesuatu yang malang, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga jurukamera itu.

Majlis rumah terbuka itu dihadiri pelbagai lapisan masyarakat, termasuk naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye dan penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan