MDPP Tutup Sementara Lagun Kuala Semerak

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) menutup sementara Lagun Kuala Semerak di Pantai Bisikan Bayu mulai Isnin, berikutan kematian dua remaja dalam kejadian pasir jerlus di kawasan itu semalam.

Yang Dipertua MDPP Nazran Muhammad berkata keputusan itu, yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa khas, adalah bagi menjaga kepentingan dan keselamatan pengunjung di pusat peranginan tersebut.

Mesyuarat itu turut disertai wakil Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, wakil rakyat dan anggota MDPP, katanya kepada Bernama di Pejabat Tanah dan Jajahan di sini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang semalam, Nik Norfatin Izati Nik Mohd Noor, 15, dan Nik Norhidayah Nik Man, 11, lemas selepas terjerlus di lagun itu ketika mencari kepah bersama tiga rakannya.

Nazran berkata ini adalah kejadian ke-28 mangsa terjerlus di lagun itu tahun ini yang melibatkan kanak-kanak dan remaja.

Beliau berkata demi kepentingan dan keselamatan pengunjung pusat peranginan itu, MDPP akan memagar kawasan tersebut selain kakitangan bahagian penguatkuasa membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Pantai Bisikan Bayu adalah satu daripada pusat pelancongan di negeri ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan