Mat Sabu: 800 Anggota PBPM Kuantan Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seramai 800 anggota Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cawangan Kuantan pada Isnin, membuat laporan polis dan mengadakan demonstrasi membantah kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara.

Laporan dan demonstrasi itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini.

Setiausaha PBPM Kuantan Rafai Abdul Kadir berkata anggota persatuan itu amat kecewa dan terguris dengan kenyataan menghina oleh Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, kerana mereka telah berjuang menentang Parti Komunis Malaya (PKM) berpuluh-puluh tahun lamanya.

Beliau berkata PBPM bermandikan keringat meredah hutan dalam Ops Indera Pahang Barat, Ops Kota Echo di Perak dan Ops Doayai Musnah 2 di Sadao Thailand dalam menjalankan tanggungjawab menentang PKM.

"Kami berjuang meninggalkan anak isteri... tidak meminta apa-apa balasan tetapi mahu jasa kami dihargai dan pengorbanan bergadai nyawa kami dijadikan lipatan sejarah menjaga keamanan negara," katanya.

Rafai berkata persatuan itu mahu Mat Sabu dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana cuba memporak-perandakan keharmonian negara dengan mengeluarkan kenyataan mengelirukan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor 21 Ogos lalu, menyatakan Kompeni Ke-4 PKM yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada Februari 1950 sebagai wira atas alasan mangsa yang terkorban adalah tentera penjajah British. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan