Kelab Putera 1Malaysia Serah Laporan Kematian Noramfaizul Kepada PM

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata beliau telah menyerahkan laporan mengenai kematian jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan bila laporan itu disampaikan kepada Najib.

"Jadi, adalah lebih baik Perdana Menteri yang mengumumkan laporan penuh berkaitan tragedi tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan bacaan Yaasin untuk Allahyarham di Masjid Al-Islah, Serdang dekat sini malam Ahad.

Kira-kira 200 orang termasuk Ketua Pegawai Eksekutif BernamaTV Synergy Sdn Bhd Engku Emran Engku Zainal hadir pada majlis itu.

Noramfaizul, 39, terkorban di Somalia pada Jumaat lepas setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda dari memberikan bantuan kepada mangsa kemarau dan kebuluran oleh Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia.

Abdul Azeez berkata pihaknya akan menguruskan tuntutan insurans yang diambil oleh Kelab Putera 1Malaysia bagi melindungi anggota misi itu berikutan kematian Noramfaizul yang akan disampaikan kepada ibu bapa Allahyarham. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan