Azmin Perlu Dedah Kemungkara​n Anwar - Zahr​ain

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dinasihatkan supaya mendedahkan segala salah laku dan kemungkaran yang dilakukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, sebagai umat Islam, Azmin perlu sedar dan menolak pemimpin yang melakukan kemungkaran walaupun individu itu menjadi idola beliau.

"Namun, saya lihat Azmin mempertaruhkan masa depan karier politiknya pada Anwar. Dia tetap mempertahankan Anwar tidak kira tindakan yang dilakukan itu betul atau salah," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Jelas Zahrain, Azmin tidak mempunyai pilihan selain membela Anwar kerana karier politiknya bergantung kepada pemimpin PKR itu.

Ekoran itu, Zahrain turut menaruh harapan agar ahli PKR yang lain akan mengikut jejak langkahnya dengan menolak Anwar sebagai pemimpin dan meninggalkan parti itu.

Zahrain berkata, ibu kandung Azmin turut kecewa dengan tindakan anaknya mempertahankan Anwar. “Saya pernah berjumpa dengan (kakak sulung Azmin) Ummi Hafilda dan pelbagai perkara telah diceritakan. “Malah Ummi beritahu bukan sahaja kakak sulung (Norlia), ibu mereka turut kesal dengan tindakan Azmin mempertahankan Anwar tanpa was-was,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pendedahan Norlia pada Ahad yang kecewa dengan kecenderungan politik adiknya menjadi orang kanan Anwar. Sementara itu, Zahrain turut menyatakan penerimaan positif rakyat Bayan Baru terhadap dirinya yang dilihat mampu memberi laluan terbaik untuk memenangi kerusi di kawsan tersebut pada pilihan raya umum akan datang. “Saya boleh kerja dengan sesiapa sahaja kerana semasa aktiviti turun padang sambutan daripada orang ramai sangat baik. “Sama ada saya akan pertahankan kerusi sekarang atau sebaliknya... masih banyak perkara perlu dipertimbangkan. “Saya tahu sebagai ahli parlimen Bebas bukan senang hendak menang, tetapi itu semua bergantung kepada penerimaan rakyat,” katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan