300 Kucing Berjaya Diselamatkan Dari Pusat Jagaan Haiwan

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kira-kira 300 ekor kucing berjaya diselamatkan selepas kesemuanya ditinggalkan dan dibiarkan kelaparan di pusat jagaan haiwan di Damansara Damai di sini pada Ahad. Polis menemui kucing tersebut dikurung dalam sangkar kecil dan kesemuanya dalam keadaan lemah.

Sembilan ekor kucing ditemui mati manakala yang lain kelihatan lemah, lapar dan kotor dalam premis jagaan haiwan di Damansara Damai di sini dan Desa Moccis di Sungai Buloh.

Seorang sukarelawan, Bazillah Bahrin berkata beberapa ekor kucing dihantar ke premis itu selama seminggu kerana pemiliknya sedang bercuti sempena Hari Raya.

"Semalam, beberapa tuan punya mahu menuntut haiwan mereka tetapi pemilik premis itu memberitahu bahawa kesemua kucing telah dihantar ke rumah pemilik masing-masing.

"Apabila ada beberapa kucing yang masih belum diterima, pemiliknya bergegas ke premis itu tetapi mendapati ia ditutup," kata Bazillah.

Katanya, beberapa ekor kucing yang dikurung turut dibiarkan di luar premis dalam keadaan amat menyedihkan.

Seramai 50 pemilik kucing kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Damai.

"Polis mengambil keputusan untuk menyerbu permis tersebut. Kami menyelamatkan kucing lain yang berada di sana," kata Bazillah.

Pemilik haiwan, Shazana Mahazir, 26 berkata, kucingnya yang digelar Fatfat kelihatan kurus kering, berbau busuk dan lemah.

"Saya sepatutnya mengambil Fatfat pada 10 September ini tetapi pergi lebih awal selepas melihat mesej dalam laman sosial Facebook mengenai pusat jagaan itu," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan mengesahkan menerima sembilan laporan polis terhadap pemilik pusat jagaan haiwan terbabit.

Beliau berkata, polis akan melakukan siasatan terhadap kes ini dan akan mengambil kenyataan daripada kakitangan pusat jagaan haiwan itu.

"Sebaik saja siasatan polis selesai, kami akan menyerahkan perkara ini kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan