Semangat, Pengorbanan Noramfaizul Inspirasi Buat Semua - Najib

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata insiden jurukamera BernamaTV yang terkorban terkena tembakan curi di Somalia tidak harus mematahkan semangat petugas media tempatan kerana ia menjadi asam garam dunia kewartawanan dalam membuat liputan di kawasan berisiko tinggi.

Sambil menyifatkan Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, 39, sebagai wira negara, Najib berkata beliau kagum dengan semangat dan kecekalan arwah dalam menjalankan tugas.

"Saya kagum apabila diberitahu Allahyarham seorang yang kuat semangat, 'adventurous' dalam erti kata selalu mengikut misi kemanusiaan ke luar negarayang walaupun berisiko, tetapi arwah tetap cekal dan tabah mengharungi segala rintangan untuk membuat laporan terbaik kepada masyarakat Malaysia," katanya.

Najib bercakap kepada pemberita selepas menyambut ketibaan jenazah Noramfaizul diiringi 54 lagi anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia, di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, dekat sini, Ahad.

"Saya sifatkan Allahyarham sebagai seorang wira negara dan kita patut jadikan pengorbanan beliau itu sebagai satu model, cerita dan kisah yang merangsang semangat kita untuk terus memainkan peranan dalam misi kemanusiaan seterusnya," kata Perdana Menteri.

Najib berkata pengorbanan Allahyarham sekaligus menaikkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang sentiasa berada di saf hadapan dalam membantu negara lain yang mengalami malapetaka atau kesengsaraan, seperti kebuluran di Somalia.

Noramfaizul terkorban akibat terkena tembakan curi semasa kenderaan yang dinaikinya bersama petugas media Malaysia yang membuat liputan misi itu, ditembak ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan pada Jumaat.

Mengulas lanjut mengenai tugasan media di kawasan berisiko tinggi, Najib berkata ia biasanya melibatkan kawasan konflik.

"Kalau kita pergi bila keadaan sudah reda, tak ada lagi konflik, maknanya tak ada risiko. Tapi kalau kita hendak buat liputan terkini ketika sesuatu konflik masih tegang lagi, tentu sekali ada risiko sebab banyak pihak yang bertelagah, dia ada senjata.

"Jadi bila ada senjata dalam tangan orang yang tak bertanggungjawab, yang tak profesional, yang ada tujuan tertentu, tentu sekali ada risiko walaupun kita tidak merupakan pihak yang menjadi sasaran," katanya.

Najib berkata kejadian tidak diduga yang menimpa Noramfaizul boleh dikategorikan sebagai "collateral damage" (kebinasaan lingkungan).

Beliau yang merupakan penaung Kelab Putera 1Malaysia, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan berkata kerajaan akan memberikan bantuan kepada mereka.

Najib berkata kerajaan juga bersetuju menanggung kos pendidikan dua anak Allahyarham -- Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Allahyarham Noramfaizul ialah anak sulung daripada enam beradik dan merupakan anak lelaki tunggal. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan