Noramfaizul Pernah Terselamat Dari Nahas Helikopter 13 Tahun Lepas - Berita Semasa | mStar

Noramfaizul Pernah Terselamat Dari Nahas Helikopter 13 Tahun Lepas

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia, semalam, pernah terselamat dari nahas helikopter 13 tahun lepas apabila tempatnya digantikan dua jurukamera lain.

Dalam kejadian pada 2 Mac 1997 itu dua jurukamera Filem Negara dan seorang juruterbang terbunuh apabila pesawat ringan Cessna 172 milik Mofaz Air yang ditugaskan membuat tinjauan udara untuk kejohanan lumba basikal Le tour De Langkawi 1997 terhempas di kawasan belukar berpaya di Kampung Bakau, Kelibang, Langkawi.

Rakan baik Allahyarham, Mazalan Rafji berkata peristiwa itu adalah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakannya bersama arwah yang ketika itu sama-sama bertugas sebagai jurukamera Filem Negara.

Mengimbau kembali peristiwa itu, Mazalan berkata, mereka bernasib baik kerana pada mulanya telah ditugaskan membuat tinjauan udara untuk kejohanan lumba basikal Le tour De Langkawi 1997, namun pada saat akhir, dua jurukamera lain menawarkan diri menggantikannya secara sukarela.

"Kami sama-sama bertugas luar dan ketika itu kami ditugaskan membuat liputan untuk Le Tour De Langkawi. Waktu itu saya ingat arwah pun turut terlibat sama dan dijangka menaiki pesawat untuk buat 'aerial shot' dalam masa yang sama ada juga ada jurukamera lain yang sukarela untuk naik. Jadi, arwah terlepas bersama saya," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Pesawat itu disewa khas oleh Filem Negara untuk membawa kedua-dua jurukamera membuat rakaman perlumbaan basikal peringkat akhir Le Tour de Langkawi 1997.

Mazalan yang kini bertugas sebagai jurukamera di RTM Ipoh berkata, beliau bersama-sama Allahyarham kemudiannya bertukar kerja ke syarikat produksi MetroVision.

"Tidak lama selepas syarikat itu ditutup, kami berdua menyertai BernamaTV dan saya kemudiannya bertukar ke RTM sejak 11 tahun lalu," katanya.

Sepanjang perkenalan, Mazalan menyifatkan Allahyarham sebagai individu yang sangat menghormati senior dan komited terhadap kerjayanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan