Kenderaan Di Lebuhraya Plus Arah Utara Ke Ibu Kota Bertambah

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara menghala ke ibu kota semakin bertambah namun trafik secara amnya berjalan lancar.

Jurucakap Plus ketika dihubungi pada 11 pagi Ahad melaporkan kawasan yang banyak kenderaan ialah dari Changkat Jering ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak dan Simpang Pulai ke Gopeng.

Kenderaan juga dilaporkan bertambah dari Bidor ke Slim River dan R&R Sungai Perak ke Terowong Menora manakala trafik bergerak perlahan dari Sungkai ke Slim River.

Bagi kawasan selatan, trafik bergerak perlahan di Tambak Johor iaitu sempadan antara Johor dan Singapura namun di kawasan lain trafik masih bergerak lancar.

Di plaza tol masuk ke ibu kota iaitu Jalan Duta dan Sungai Besi kenderaan masih bergerak lancar. Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, 16 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya semalam iaitu hari ke-12 Ops Sikap-24, menjadikan jumlah kematian 228 orang.

Polis Bukit Aman dalam laman sesawangnya Ahad melaporkan penunggang motosikal mencatat jumlah kematian tertinggi sebanyak sembilan orang.

Sebanyak 13 kes kemalangan maut direkodkan dan daripada jumlah itu, satu kes dicatat di lebuh raya, jalan persekutuan (lima), jalan negeri (dua), diikuti dengan empat di jalan bandaran dan satu di lain-lain jalan.

Sebanyak 8,606 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan