Jenazah Allahyarham Faizul Tiba Di Pangkalan Udara TUDM

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Balu Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, Norazrina Jaafar bersama dua anaknya, Mohd Naufal, 3, dan Mohd Irfan, 8 sedang menanti ketibaan jenazah di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Ahad. - Foto MSTAR Oleh HAIRULAZIM MAHMUD
Balu Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, Norazrina Jaafar bersama dua anaknya, Mohd Naufal, 3, dan Mohd Irfan, 8 sedang menanti ketibaan jenazah di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Ahad. - Foto MSTAR Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

SUBANG: Jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pukul 10.05 pagi Ahad.

Keranda yang membawa jenazah Allahyarham yang terkorban selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi bantuan kemanusiaan tiba dengan pesawat TUDM C-130 dari Mogadishu, Somalia.

Turut sama ialah rombongan media yang turut membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia.

Jenazah Allahyarham yang diiringi Pengerusi Putera Umno merangkap ketua misi bantuan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, disambut anggota keluarga termasuk ayah Mohd Nor Mat Yassin, 66, dan ibu Naemah Abd Majid, 63.

Suasana pilu menyelubungi pangkalan udara sejurus keranda jenazah dibawa turun dari pesawat.

Menyambut ketibaan rombongan berkenaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Noramfaizul, 39, telah berkhidmat di BernamaTV sembilan tahun lalu merupakan kakitangan yang kerap membuat liputan misi kemanusiaan di beberapa buah negara.

Turut cedera dalam insiden berkenaan ialah jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan.

Jenazah akan dibawa dan disembahyangkan di Masjid TUDM sebelum ke Masjid Al-Islah dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang sebelum Zohor.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan