Bernama Teliti Semula SOP Bagi Liputan Luar Negara, Kata Pengurus Besar

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan meneliti semula beberapa prosedur operasi standard (SOP) dalam menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, terutamanya di zon kritikal atau dilanda konflik.

Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan berkata selain menyediakan wartawan dengan latihan secukupnya, pertubuhan itu akan turut meneliti aspek keselamatan.

"Kami berkemungkinan perlu melihat bagaimana petugas kami dapat dilindungi dengan sebaik-baiknya. Sekiranya SOP perlu diubah, kami akan mengubahnya selepas berbincang dengan jawatankuasa pengurusan," katanya kepada pemberita di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, di sini Ahad.

Beliau merupakan antara yang hadir di pangkalan tentera berkenaan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk menunggu ketibaan jenazah jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 39.

Allahyarham Noramfaizul terkorban di Mogadishu pada Jumaat setelah terkena tembakan ketika dalam perjalanan menaiki sebuah kenderaan bersama petugas media lain dari Malaysia yang membuat liputan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia.

Hasnul berkata Bernama tidak akan berhenti daripada menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, sambil menambah pertubuhan berkenaan sering menghantar wartawan berpengalaman ke luar negara.

"Ini adalah dasar kami. Bagaimanapun, jika membabitkan keadaan yang sukar, keputusan dibuat atas dasar sukarela," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan