Warga Kota Mula Pulang Ke Ibu Kota, Terminal Pengangkutan Awam Sesak

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terminal bas utama di ibu negara Sabtu sudah mula sesak apabila semakin ramai warga kota kembali ke ibu negara selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Rata-rata penumpang memilih untuk pulang awal sebelum mula bekerja Isnin ini.

Tinjauan Bernama mendapati Terminal Bas Bersepadu Bandar Tasik Selatan (TBS), Hentian Duta, Pudu Sentral dan KL Sentral sesak dengan ketibaan penumpang yang dijangka lebih ramai menjelang malam ini.

Seorang penjual tiket, Ismail Hapson berkata sebanyak 30 buah bas syarikatnya bertolak dari Kluang, Johor memasuki ibu negara sejak semalam hingga Ahad ini.

"Sudah ramai penumpang memasuki Kuala Lumpur, tapi malam ini dijangka lebih ramai kerana kebanyakan tiket telah habis dijual sejak bulan puasa lagi," katanya.

"Kalau diikutkan memang rasa tak puas raya, baru hari ke lima. Tapi nak buat macam mana, kena buat persiapan apa yang patut sebelum mula kerja Isnin ini," kata Haryati Salleh, 24.

Antara penumpang di KL Sentral yang baru tiba dengan keretapi ialah pelajar kulinari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pulau Pinang, Aemos a/k John Taylor, 21.

Beliau menggunakan cuti selama seminggu untuk pulang ke kampung halamannya di Betong, Sarawak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan