Trafik Dari Arah Utara Bergerak Perlahan

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari arah utara menghala ke ibu kota di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) bergerak perlahan sejak pukul 11 pagi Sabtu berikutan ramai warga kota yang mula pulang ke rumah masing-masing setelah bercuti panjang.

Jurucakap Plus berkata antara kawasan yang sesak adalah dari jambatan Pulau Pinang menghala ke Plaza tol Juru dan dari Plaza tol Taiping Utara ke Plaza tol Changkat Jering.

Selain itu trafik antara persimpangan Kuala Kangsar ke Terowong Menora juga perlahan.

"Di bahagian tengah pula, trafik bergerak perlahan dari Simpang Pulai menuju ke Gopeng, ini disebabkan hanya ada dua lorong kiri dan kanan sahaja dan kawasannya yang berbukit menyebabkan pemandu harus memandu secara perlahan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Ahad.

Trafik dari arah selatan ke ibu kota berjalan lancar dan tiada kesesakan sejak pagi tadi.

Sementara itu, 28 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya Jumaat iaitu hari ke-11 Ops Sikap-24, menjadikan jumlah kematian 212 orang.

Polis Bukit Aman dalam laman sesawangnya Sabtu melaporkan penunggang motosikal mencatat jumlah kematian tertinggi sebanyak 16 orang.

Sebanyak 25 kes kemalangan maut direkodkan dan daripada jumlah itu, empat kes dicatat di lebuh raya, jalan persekutuan (sembilan), jalan negeri (11), diikuti dengan satu di jalan bandaran.

Sebanyak 10,682 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan