Surat Penghargaan Polis Atas Keberanian Allahyarham Shariff Din

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Balu mangsa bunuh, Fauziah Ahmad, 47, isteri kepada Allahyarham Shariff Din, 45, bersama anaknya Amirudin Fasha Shariff, 19, Natasha Nadiah Shariff, 21, (kiri) dan Shasha Zafira Shariff, 23 (kanan), melihat surat penghargaan yang diterima daripada Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu 2, Selayang di Kuala Lumpur, Jumaat. Mangsa mati dibunuh ketika cuba menyelamatkan kenderaan jiran daripada kecurian pada 28 Ogos baru-baru ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Allahyarham bekas komando Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM Shariff Din yang terbunuh dalam kejadian pecah kereta di sini baru-baru ini, Jumaat dianugerahkan surat penghargaan atas keberaniannya mencegah jenayah.

Ketua Polis Sentul Asisten Komisioner (ACP) Zakaria Pagan menyampaikan surat tersebut berserta sumbangan wang kepada balu allahyarham, Fauziah Ahmat Alwi, 50, di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jinjang.

Bercakap kepada pemberita, Zakaria berkata tindakan Shariff itu wajar dipuji dan dicontohi masyarakat.

Shariff, 47, maut akibat ditikam oleh salah seorang daripada dua lelaki yang sedang memecah sebuah kereta milik penduduk di kawasan perumahan itu dalam kejadian awal pagi 28 Ogos lepas.

Jenazahnya dibawa pulang ke Parit Buntar, Perak, dan dikebumikan di sana.

Fauziah berkata, sebelum kejadian itu, suaminya itu berjanji untuk membawa mereka sekeluarga balik berhari raya di kampung tahun ini.

Tetapi hasrat itu ditakdirkan tidak kesampaian, katanya.

Namun, kata Fauziah, selepas pengkebumian beliau dan empat orang anaknya terus berada di sana untuk bersama keluarga hingga ke Hari Raya yang baru berlalu.

Fauziah berkata hasrat suaminya untuk bertemu dengan bapa saudaranya Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh juga tidak kesampaian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan