Salang Sedia Pertahan Kerusi Parlimen Julau Untuk Penggal Keempat

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAKAN (Sarawak): Anggota parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum bersedia untuk mempertahankan kerusi kawasan pilihan raya beliau untuk penggal keempat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun katanya beliau bersedia berbuat demikian jika para pengundi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan kepimpinan di kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan memberikan mandat kepadanya.

"Jika tidak, saya agak bersedia untuk mengundurkan diri," kata Salang yang juga Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada sesi perjumpaan dengan penduduk di Rh.Tuat anak Bunya di Lubok Embawang, Nanga Wak dekat sini lewat petang Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan daripada beberapa pemimpin masyarakat yang meminta beliau terus memberikan khidmat di kawasan pilihan raya luar bandar itu.

Salang berkata jika beliau dicalonkan lagi, BN khasnya di kawasan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan, dalam kawasan pilihan raya parlimen itu, akan bekerja lebih kuat kerana sesetengah pemimpin di kawasan tersebut mula berkempen untuk menyingkirkan beliau dan menghasut pengundi.

"Saya dianggap sebagai orang luar dan bahawa saya tidak komited untuk membawa kemajuan dan pembangunan di kawasan pilihan raya ini. Tetapi saya pasti majoriti pengundi tidak berkongsi pandangan atau emosi khasnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Pakan (satu lagi kawasan di parlimen Julau)," kata Salang.

Salang, 61, pertama kali memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 1999. Pada pilihan raya umum 2008, naib presiden PRS itu menang kerusi berkenaan dengan majoriti 7,581 dan mengalahkan Pegawai Daerah Julau yang telah bersara Labang anak Jamba yang bertanding sebagai calon Bebas.

Sementara itu, presiden PRS Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata di Kuching semalam bahawa parti itu belum lagi menyemak secara terperinci calon-calon bagi pilihan raya umum akan datang.

PRS mempunyai enam kawasan parlimen Sri Aman, Lubok Antu, Julau, Selangau, Kanowit dan Hulu Rajang.

"Kita harap memperoleh semua kerusi ini untuk BN tetapi kita masih memantau di akar umbi. Bagaimanapun, jika kita gunakan pilihan raya negeri 2011 sebagai tanda aras, kita yakin dapat mengekalkan semua enam kerusi itu." kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan