Puteri Umno Kesal Cubaan Heret Salleh Ke Kancah Politik Kotor

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin kesal dengan tindakan pihak tertentu yang cuba mengheret Speaker Dewan Undangan Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak ke kancah politik kotor dengan mengaitkannya dengan cubaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 September 2008.

Beliau berkata laporan itu merupakan satu lagi taktik pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar yang melanda anggota pakatan pembangkang yang tidak sehaluan.

"Mereka menggunakan Datuk Salleh (yang kini Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah) sebagai sumber maklumat untuk memberikan gambaran seolah-olah memang ada ahli politik dari Sabah yang merancang untuk keluar daripada Barisan Nasional pada ketika itu (16 September, 2008)...sebenarnya ia adalah satu pembohongan besar yang terancang.

"Jelas sekali mereka sudah terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk mengaburi mata rakyat untuk kepentingan politik terutama menjelang 16 September depan. Pihak pakatan pembangkang berharap rakyat akan lupa pembohongan mereka untuk mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 September 2008," katanya kepada pemberita di sini.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam bahawa kabel Kedutaan Amerika Syarikat melaporkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sekumpulan ahli politik dari Sabah dan Sarawak merancang untuk keluar daripada BN pada 16 September, 2008, berikutan kedua-dua negeri itu dipinggirkan.

Satu entri dalam kabel itu, yang disiarkan oleh Wikileaks, menyatakan Salleh, bekas Ketua Menteri Sabah, memberitahu pegawai kedutaan itu bahawa lebih separuh daripada jumlah 25 anggota parlimen Sabah bersedia untuk meninggalkan BN.

Rosnah turut menegaskan bahawa tidak ada anggota Parlimen Sabah yang pernah menyatakan niat untuk "berhijrah" ke Pakatan Rakyat pada ketika itu.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya tidak mudah terpedaya atau terpengaruh dengan taktik kotor pembangkang yang cuba meracuni fikiran mereka selain memecahbelahkan parti komponen BN.

"Saya harap rakyat pandai menilai dan membezakan yang mana permata yang mana kaca. Barisan Nasional adalah satu parti yang sudah teruji dan terbukti boleh membawa pembangunan untuk kemudahan rakyat di negara ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan