Pewujudan DUN Baru Diperlukan Di Sabah - Bung Mokhtar

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Cadangan mewujudkan kerusi baru bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat, kata Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.

Menurut beliau ia mampu membantu mempercepatkan lagi pembangunan di negeri ini yang mempunyai keluasan yang besar serta membantu kepada penyampaian dan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat terutama penyediaan kemudahan asas.

Pewujudan kerusi baru itu tidak seharusnya dilihat sebagai agenda untuk memenangi pilihan raya umum akan datang tetapi apa yang penting adalah pembangunan rakyat dapat ditingkatkan, katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis rumah terbuka Umno Bahagian Kinabatangan di sini, Sabtu.

Beliau berkata perbincangan semua pihak berhubung perkara tersebut perlu dalam memastikan pewujudan kerusi baru di sesuatu kawasan tidak disalah erti oleh sesetengah pihak.

Bung Moktar berkata mengambil contoh di kawasan beliau sendiri iaitu Kinabatangan yang mana keluasannya sama seperti negeri Pahang dan hanya mempunyai dua kawasan DUN iaitu Sukau dan Kuamut serta satu Parlimen iaitu Kinabatangan.

Katanya sudah semestinya dengan keluasan Parlimen Kinabatangan memerlukan satu kerusi DUN tambahan bagi memastikan kepentingan rakyat sentiasa terbela selaras dengan kapasitinya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan