Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan Wartawan BernamaTV

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FOTO TERAKHIR.... Foto Noramfaizul yang diambil pada sebelah pagi Jumaat oleh blogger, Bani Amin Ahmad Zabidi (Jinggo). Bani merakamkannya beberapa jam sebelum arwah ditembak.
FOTO TERAKHIR.... Foto Noramfaizul yang diambil pada sebelah pagi Jumaat oleh blogger, Bani Amin Ahmad Zabidi (Jinggo). Bani merakamkannya beberapa jam sebelum arwah ditembak.

MOGADISHU: "Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami, hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima," menurut wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya.

Beliau dan Noramfaizul, 39 adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air Ahad.

Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu.

Saya duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3 Aji Saregar Mazlan yang turut cedera.

Kejadian berlaku dengan sekelip mata ketika kenderaan kami membelok ke kiri untuk masuk ke persimpangan asrama.

Saya mendengar dua das tembakan, diikuti kenderaan perisai pasukan pengaman Kesatuan Afrika melepasi kami. Beberapa detik kemudian, saya mendengar rakan media menjerit nama jurukamera saya yang tercedera.

Keadaan menjadi begitu kelam-kabut, dan saya melihat Noramfaizul yang rebah telah dibawa keluar dari kenderaan dan diberi rawatan di asrama tempat kami tinggal selama lima hari di Mogadishu.

Noramfaizul cedera di bahagian bahu sebelum diberitahu beliau turut cedera di bahagian paru-paru dan meninggal dunia kira-kira 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Jenazah dibawa pulang ke Malaysia pada Sabtu menaiki pesawat Charlie C-130 pada pukul 8.15 pagi waktu tempatan (1.15 petang waktu Malaysia) bersama-sama anggota misi lain dan dijangka tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 9 pagi Ahad.

Selain Somalia, Allahyarham sebelum ini pernah mengikuti tiga misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia.

Dua misi bersama-sama saya sebagai wartawan membuat liputan mangsa kekejaman Israel di Gaza dan liputan bantuan kemanusiaan membantu mangsa banjir di Pakistan, tahun lepas serta misi kemanusiaan ke New Zealand membantu mangsa bencana gempa bumi awal tahun lalu.

Al-Fatihah buat saudaraku, Allahyarham Noramfaizul. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan