Noramfaizul, Seorang Profesional Tulen, Kata Pengerusi Bernama

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Pegawai Exekutif Bernama TV Engku Imran mengucapkan takziah kepada bapa Jurukamera BernamaTV Noramfaizol, Mohd Nor Mat Yasin. Noramfaizol meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia di rumahnya di Taman Serdang Jaya di Kuala Lumpur, malam Jumaat, - Foto BERNAMA
Ketua Pegawai Exekutif Bernama TV Engku Imran mengucapkan takziah kepada bapa Jurukamera BernamaTV Noramfaizol, Mohd Nor Mat Yasin. Noramfaizol meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia di rumahnya di Taman Serdang Jaya di Kuala Lumpur, malam Jumaat, - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang terbunuh dalam insiden tembakan di Mogadishu, ibu negara Somalia, disifatkan sebagai seorang profesional tulen yang tidak mementingkan diri dan sanggup melakukan pengorbanan berani dalam melaksanakan tugas.

Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman berkata: "Pemergiannya akan dicatat dalam sejarah Bernama sebagai seorang profesional yang tulen dalam memenuhi tugas dan memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan tulen.

Sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, katanya, Bernama akan menghulurkan segala bantuan yang mungkin untuk meringankan kesedihan yang dialami oleh keluarganya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Allahyarham merupakan sebahagian daripada 55 anggota sukarelawan yeng mengikuti misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dalam membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

Sementara itu, Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong berkata Bernama kehilangan rakan sekerja yang rajin dan tidak pernah mengabaikan tugasnya.

"Ini adalah satu kehilangan besar kepada Bernama kerana Faizul (Noramfaizul) adalah seorang yang komited dan tidak pernah mengabaikan tugasnya, beliau juga menunjukkan sikap profesional ketika bertugas.

"Saya selalu kerap bertemu dengan Allahyarham di lobi pejabat, dan sering bertegur sapa dan beliau saya lihat ada seorang yang peramah," katanya semasa ditemui ketika menziarah keluarga Allahyarham di Taman Serdang Raya, dekat sini, malam Khamis.

Yong berkata pihaknya kini sedang berbincang dengan Jabatan Perdana Menteri dan Wisma Putra mengenai prosedur membawa balik jenazah Allahyarham.

"Bernama juga akan memberikan semua bantuan yang diperlukan oleh keluarga Allahyarham selepas ini," katanya.

Sementara itu, ibunya Naemah Abdul Majid, 63, berkata dua hari sebelum Allahyarham berlepas, keluarganya mengadakan kenduri doa selamat.

Allahyarham juga sempat membeli kasut sempena Hari Raya Aidilfitri untuk dua orang anaknya.

"Anak makcik tu biasa sahaja, dia pergi pun tiada apa-apa perubahan, dua hari sebelum pergi kami buat kenduri dan adik-beradiknya sempat berkumpul semua menghantar beliau.

"Tapi makcik redha dengan pemergian beliau, harap semua doakan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Makcik rasa redha walaupun makcik sedih, makcik tahu Allah lebih sayangkan dia," katanya.

Naemah berkata Allahyarham turut sempat memberikannya wang untuk membayar sewa rumah dan juga wang untuk beliau dan suaminya sebelum berlepas.

"Dia tinggalkan duit kat makcik dan bapanya, cuma masa makcik menghantarnya arwah meminta makcik tidak keluar dari kereta tetapi makcik nak juga keluar untuk melihat beliau berlepas ke Somalia," katanya.

Ahli keluarga Allahyarham yang berkumpul di rumah keluarganya di sini turut mengadakan bacaan Yassin. Sementara itu, jiran Allahyarham, G. Marimuthu, 65, yang turut berada di rumah keluarga Allahyarham sejak pukul 11 malam tadi, berkata beliau mengenali Allahyarham sejak lebih 20 tahun lepas semasa mereka menetap di taman itu pada 1989.

Marimuthu, seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata Allahyarham amat peramah dan sering menegur beliau dan isteri.

"Sebelum berlepas ke Somalia pada 28 Ogos lepas, Faizul sempat bersalaman dengan isteri saya G. Saraswathi, bertanyakan khabar dan memaklumkan pemergiannya ke Somalia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan