Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Memang Minat Sertai Misi Kemanusiaan, Kata Ayahnya

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ibu jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, Naemah Abdul Majid ditenangkan ahli keluarga setelah mengatahui anaknya meninggal dunia terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia di rumahnya di Taman Serdang Jaya di Kuala Lumpur, malam Jumaat. - Foto BERNAMA
Ibu jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, Naemah Abdul Majid ditenangkan ahli keluarga setelah mengatahui anaknya meninggal dunia terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia di rumahnya di Taman Serdang Jaya di Kuala Lumpur, malam Jumaat. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, pernah mengikuti misi seumpama itu di negara lain sebelum ini.

Bapa Allahyarham Mohd Nor Mat Yassin, 66, berkata anaknya itu pernah ke luar negara untuk membuat liputan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin dan Pakistan.

Katanya, sebelum anaknya berlepas ke Somalia pada 28 Ogos lepas, beliau kelihatan seronok dan memberitahunya mengenai tujuannya ke Somalia bersama Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia.

"Beliau juga seorang yang memang meminati kamera dan kerja sukarelawan. Sudah minat dia begitu. Cuma bila terjadi perkara begini, saya tak sangka tapi kami redha dan menerimanya," katanya kepada Bernama di kediamannya di Taman Serdang Raya, di sini, malam Jumaat.

Sementara itu, ayah saudaranya, Tajuddin Abdul Majid, 60, berkata Allahyarham adalah seorang yang periang dan aktif.

Noramfaizul yang dilahirkan pada 14 November 1971 merupakan anak sulung daripada enam adik beradik.

Ahli keluarga Allahyarham malam tadi telah ramai berkumpul di rumah bapanya sebaik menerima berita kematian Noramfaizul.

Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV Synergy Sdn Bhd, Engku Emran Engku Zainal Abidin turut menziarah keluarga Noramfaizul. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan