Anak Taib Mahmud Tidak Perlu Restu Bapanya Untuk Tanding Di Kota Samarahan

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau tidak perlu memberikan restu kepada anak sulung lelakinya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, yang membayangkan minatnya untuk bertanding di kerusi parlimen Kota Samarahan pada pilihan raya umum akan datang.

Taib yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) berkata terpulanglah kepada Bekir, yang kini adalah timbalan pengerusi Cahya Mata Sarawak (CMS), untuk menentukan masa depan politik beliau.

"Beliau boleh berkhidmat dalam banyak kapasiti. Saya tidak boleh menentukan masa depan karier anak-anak saya tetapi mereka perlu bekerja keras dalam arah yang mereka pilih dan mengenali lebih ramai orang," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar di Demak Height di sini malam Jumaat.

Taib berkata beliau menawarkan Bekir peluang untuk menggantikan beliau sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, 10 tahun lepas tetapi beliau menolaknya.

"Jadi, biarlah beliau menukar fikirannya dan lihat betapa seriusnya beliau," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Bekir baru-baru ini bahawa beliau berminat menggantikan adik lelakinya, anggota parlimen Kota Samarahan Datuk Seri Sulaiman Taib, yang berhasrat untuk mengundurkan diri.

Pada Selasa lepas, Bekir yang menjadi anggota PBB cawangan Kuching sejak beliau berumur 19 tahun, telah mengumumkan minatnya dalam politik tetapi ketua menteri itu belum membayangkan apa-apa kepada beliau.

Sulaiman adalah antara beberapa anggota parlimen daripada parti tulang belakang campuran Barisan Nasisonal (BN) negeri itu diramal tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau bertanding di kerusi Kota Samarahan pada pilihan raya umum lepas untuk menggantikan Taib.

Pada pilihan raya umum lepas, PBB menang semua 14 kerusi yang ditandingi sementara parti komponen BN lain - Parti Rakyat Sarawak (PRS) (enam), SUPP (lima) dan Parti Demokratik Maju Sarawak (SPDP)(empat). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan