WHO Puji Malaysia Kerana Sedia Kemudahan Kesihatan Termampu Kepada Rakyat - Liow - Berita Semasa | mStar

WHO Puji Malaysia Kerana Sedia Kemudahan Kesihatan Termampu Kepada Rakyat - Liow

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mendapat pujian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan beberapa negara lain kerana menyediakan kemudahan kesihatan termampu kepada rakyat dengan hanya mengenakan bayaran minimum RM1 setiap rawatan di semua hospital dan klinik kerajaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan memperuntukkan RM14 bilion ke RM16 bilion setiap tahun meliputi 98 peratus daripada jumlah keseluruhan kos memberi khidmat rawatan perubatan kepada orang ramai.

"Khidmat hospital awam banyak mendapat subsidi kerajaan sehingga 98 peratus daripada jumlah belanjawan penjagaan kesihatan, sementara pesakit hanya menanggung kos dua peratus sahaja," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Liow berkata Kementerian Kesihatan kini memperolehi balik hanya tiga peratus sahaja daripada belanjawan mengurus menerusi bayaran, satu jumlah yang yang lebih lebih rendah berbanding sistem penjagaan kesihatan di negara Eropah.

Katanya, dengan adanya peruntukan sedemikian, rakyat Malaysia mampu mendapat rawatan dalam wad hospital dengan bayaran kurang RM500, tidak kira tempoh menerima rawatan, sementara golongan miskin pula dikecualikan bayaran.

Liow berkata sejak 1970 kerajaan telah memberi subsidi untuk penjagaan kesihatan awam mengenakan RM1 setiap kunjungan ke klinik pesakit luar, RM5 klinik pakar dan RM50 untuk rawatan di wad kelas tiga hospital.

"Dengan jumlah yang terpaksa ditanggung kerajaan, subsidi masih diteruskan dan tidak berubah sejak 1970-an," kata beliau.

Katanya, berdasarkan kajian oleh perunding pada tahun 2000, kos bagi perundingan ambulatori di hospital pakar swasta (termasuk purata khidmat pemberian ubat dan makmal berkait dengan kunjungan) adalah RM91, sementara kos purata rawatan dalaman adalah sebanyak RM1,091.

"Sebagai perbandingan bayaran dikenakan hanyalah RM1 dengan menggunakan kemudahan kerajaan," katanya.

Liow menyatakan usaha kerajaan ini telah menyumbangkan kepada penambahbaikan kepada penjagaan kesihatan, menghasilkan tempoh jangka hayat meningkat daripada 56 kepada 72 tahun bagi lelaki dan 58 kepada 77 bagi wanita. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan